mcmc
Maklumat Setempat

SKIM HARGA MAKSIMUM SEPANJANG PKP FASA KETIGA

KPDNHEP LAKSANA SKIM HARGA MAKSIMUM SEPANJANG PKP FASA KETIGA

PUTRAJAYA, 12 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum bagi membendung kenaikan harga barang keperluan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata langkah berkenaan diambil bagi mengelak mana-mana pihak mengambil kesempatan dengan menaikan harga barang keperluan.