PROGRAM VAKSIN COVID 19

Maklumat Setempat | 1 April 2021
Pusat Internet Komuniti di seluruh negara akan dimobilisasikan sebagai pusat bantuan dalam usaha membantu orang awam termasuklah warga emas yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Menerusi usaha tersebut, setiap PIK akan membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu Kerajaan memerangi pandemik COVID-19.
.
Bagi orang awam yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19, Pengurus dan Penolong Pengurus PIK akan membantu mereka untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera masing-masing. Kemudahan ini akan disediakan di semua PIK yang beroperasi diseluruh negara. Setiap PIK akan memulakan program ini adalah pada Khamis, 1 April 2021.
Mari beramai-ramai datang ke PIK Felda Palong 2 untuk mendaftar vaksin.Bersama-sama kita mencegah covid 19.