PEMAKAIAN PELITUP MUKA BERGANDA
Apabila individu positif #COVID19 batuk, bersin atau menyanyi, virus itu akan tersebar dan boleh berada di udara untuk tempoh tertentu.
Jangkitan mudah berlaku di tempat pengudaraan kurang baik seperti tempat sempit, sesak dan tertutup. Apabila anda keluar bersama keluarga untuk dine-in, buka pelitup muka ketika makan sahaja.
Pilih premis yang mengutamakan keselamatan pelanggan. Elak mengunjungi premis sesak, jika tiada pilihan, hadkan masa berada di tempat itu. Kawalan kendiri penting untuk keselamatan diri dan keluarga.