mcmc
Keusahawanan

LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN (LPU) 2019

WhatsApp Image 2019 02 14 at 5.30.50 AM
KHAS UNTUK USAHAWAN N9 – LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN (LPU) 2019
 
 Tuan/Puan,
 
MARA Negeri Sembilan berhasrat untuk membuat pengambilan peserta Program “Latihan Pembentukan Usahawan”(LPU) 2019 seperti berikut :
 
Tarikh : 21hb Februari 2019 (Khamis)
Tempat :  Bilik D’Curve, Tingkat 3, Pejabat MARA NS 
Masa :  8.30am 
 
Syarat peserta adalah seperti berikut :
1. Belum berniaga atau berniaga kurang dari 1 tahun
2. Umur 45 tahun ke bawah
3. Sihat tubuh badan
4. Memberi komitmen hadir semua modul yang ditetapkan
5. Mempunyai cita-cita untuk menjadi jutawan dalam bidang keusahawanan
 
Program ini mengandungi 3 Modul seperti berikut dan setiap modul berjangka masa selama 6-7 hari.
1. Modul 1 – Latihan Motivasi Pencapaian
2. Modul 2 – Latihan Pengurusan Perniagaan (Pengurusan,Pentadbiran,Pemasaran,Akaun, BMC dll)
3. Modul 3 – Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)
 
Kelebihan Lepasan LPU
1. Berpeluang menerima Pembiayaan MARA tanpa penjamin (RM50K kebawah)
2. Kemudahan Program Peningkatan Keusahawanan MARA
3. Diberi keutamaan berbanding usahawan lain dalam menerima kemudahan MARA
 
Tentatif Program pada 21 .2.2019  :
Aturcara
8.30 – 9.00 pagi  : Ujian Psikometrik Keusahawanan (Objektif)
9.00 – 9.30 pagi : Taklimat LPU
9.30 hingga selesai : Sesi temuduga
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi PUSMA NS di talian :06-7626088
 
Sekiranya berminat sila isi permohonan online di Link berikut :
 
http://bit.do/lpu2019marans
 
Dan hadir pada 21.2.2019