Hari Penilaian Pertandingan Keceriaan Merdeka Peringkat Kebangsaan 2017
Tarikh : 07/09/2017
Felda Palong 2 di bawah organisasi Komuniti Felda Palong 2 telah berjaya memenangi Pertandingan Keceriaan Merdeka 2017 peringkat Negeri tempoh hari. Dengan kejayaan tersebut membolehkan Felda Palong 2 layak ke peringkat kebangsaan. Syabas diucapkan kepada seluruh Komuniti Felda Palong 2 atas usaha anda dalam menceriakan kawasan kampung.