Hari Penilaian Pertandingan Keceriaan Merdeka Peringkat Kebangsaan 2017
Tarikh : 07/09/2017
Felda Palong 2 di bawah organisasi Komuniti 1Malaysia Felda Palong 2 telah berjaya memenangi Pertandingan Keceriaan Merdeka 2017 peringkat Negeri tempoh hari. Dengan kejayaan tersebut membolehkan Felda Palong 2 layak ke peringkat kebangsaan. Syabas diucapkan kepada seluruh Komuniti Felda Palong 2 atas usaha anda dalam menceriakan kawasan kampung.
Pertandingan Keceriaan Merdeka 2017
Tarikh : 23/08/2017
Felda Palong 2 telah di bawah organisasi Komuniti 1Malaysia Felda Palong 2 telah menyertai Pertandingan Keceriaan Merdeka 2017.Pertandingan ini merupakan anjuran Jabatan Penerangan Negeri. Penduduk Felda Palong 2 sepakat menghiasi jalan – jalan sekitar Palong 2 dengan kibaran bendera Malaysia. Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza turut hadir pada hari penilaian tersebut. Kami dari pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Palong 2 mendoakan agar Felda Palong 2 menjuarai pertandingan ini. Syabas diucapkan kepada seluruh Komuniti Felda Palong 2 atas usaha anda dalam menceriakan kawasan kampung.

- PROGRAM MEMBERSIHKAN SEKITAR KAWASAN PI1M
Tarikh : 20.08.2017
Masa : 10.00 Pagi – 11.00 Pagi
