Berita Setempat
PENGUMUMAN PENTING
As Salam Tuan/Puan,
Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’. Program ini dijalankan dalam menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Internet 1Malaysia Felda Palong 2 atau layari laman web http://www.infosihat.gov.my/infosihat/pengumuman/pertandingan_video_kretif.php
OGOS 2016
KONVOI KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG 2016
Program ini adalah anjuran Jabatan Penerangan daerah Jempol. Agensi kerajaan lain turut serta seperti bomba,polis, JKR, penjara dan lain – lain. Program ini turut menyerahkan jalur gemilang kepada setiap ketua blok sempena bulan kemerdekaan ini.
Tarikh : 16 Ogos 2016
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Yusof Noor Felda Palong 2
JAMUAN HARI RAYA ANJURAN KOMUNITI 1MALAYSIA BERSAMA UMNO
Majlis ini turut menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji tahun ini.
Tarikh : 03 Ogos 2016
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Dewan Tan Sri Yusof Noor Felda Palong Dua
JULAI 2016
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2016 ANJURAN JKKK FELDA PALONG 2
Program tahunan ini diadakan bagi meraikan aidilfitri bersama – sama komuniti Felda Palong 2 tidak mengira kaum dan agama. Majlis ini dianjurkan JKKK Felda Palong 2 disambut dengan cara sederhana dengan menghidangkan juadah tradisi seperti lemang, ketupat, rendang, mee kari dan lain – lain.
Tarikh : 14 Julai 2016
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Dewan Tan Sri Mohd Yusof Nor
MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA ANJURAN JKKK, MASJID DAN GPW FELDA PALONG 2
Program ini adalah bertujuan memberi sumbangan kepada golongan warga emas, ibu tunggal, OKU dan juga pesakit kronik serta anak-anak yatim di sekitar Felda Palong 2.
Tarikh : 02 Julai 2016
Masa : 4.00 petang
Perasmian oleh : Tuan YB Dato’ Manickam A/L Letchuman (ADUN Jeram Padang)
Tempat : Dewan Tan Sri Mohd Yusof Nor
JUN 2016
TAHLIL PERDANA MENYAMBUT RAMADHAN 2016
Tarikh : 02.06.2016
Tempat : Masjid Kariah Felda Palong Dua
Majlis ini dianjurkan oleh Badan Komuniti 1Malaysia Kampung Felda Palong 2. Majlis bermula selepas Maghrib, doa tahlil dan bacaan Yassin beramai – ramai diketuai oleh Imam Masjid Kariah Felda Palong 2.
MEI 2016
MAJLIS KONVENSYEN PROGRAM KOSPEN DAERAH JEMPOL
Tarikh : 28.04.2016
Tempat : Dewan Orang Ramai Serting Tengah
Persatuan KOSPEN Felda Palong 2 telah menyertai program ini dan telah menghantar wakil bagi pertandingan KOSPEN terbaik peringkat daerah Jempol. KOSPEN Felda Palong 2 hanya mendapat saguhati untuk pertandingan ini.
APRIL 2016
MAJLIS KESYUKURAN DI SURAU BLOK A
Tarikh :27.04.2016
Tempat : Surau Blok A
Majlis kesyukuran bersempena meraikan kemenangan Pertandingan Perarakan dan Surau Terbaik semasa Maulidur Rasul tempoh hari.
MESYUARAT PERLANTIKAN AJK LITERASI KELUARGA PALONG 2
Tarikh :26.04.2016
Tempat : Bilik JKKK
Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik AJK Pusat Literasi bagi sesi 2016.
PERTANDINGAN KECERIAAN KOMUNTI 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Tarikh :18.04.2016
Tempat :Bilik Komuniti Bestari Felda Palong 2
Persatuan Komuniti 1Malaysia Felda Palong 2 telah mewakili daerah Jempol dalam Pertandingan Keceriaan Komuniti 1Malaysia peringkat negeri. Pegawai Penerangan N.Sembilan telah membuat lawatan pemeriksaan bagi pertandingan tersebut.
MAC 2016
PROGRAM SARINGAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
Tarikh : 24.03.2016
Masa : 3.00 petang
Tempat : Surau Blok D, Felda Palong 2
Program ini merupakan anjuran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Palong 2 bertujuan untuk membuat pemeriksaan kesihatan kepada komuniti palong 2. Antara pemeriksaan yang dilakukan ialah tekanan darah, paras gula dalam darah, berat, tinggi dan BMI. Ceramah kesihatan juga turut diadakan dalam program ini.
PERTANDINGAN AZAN DAN HAFAZAN SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH FELDA PALONG 2
Tarikh :11.03.2016
Masa: 2.30 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Yusof Noor
Tetamu : YB Senator Haji Mohd Salim Bin Sharif
Ketua UMNO Bahagian Jempol Merangkap Ahli Dewan Negara
Pertandingan ini merupakan anjuran Komuniti 1Malaysia Palong 2 untuk mendekatkan pelajar akan aktiviti keagamaan sekali gus dapat mencungkil bakat anak – anak yang merupakan bakal pemimpin negara di masa hadapan.
FEBRUARI 2016
1. MESYUARAT TABIKA KEMAS FELDA PALONG 2
Mesyuarat tahunan Tabika Kemas Felda Palong 2 diadakan pada tarikh berikut :
Tarikh: 23.02.2016
Masa : 2.00 petang
Tempat : Tabika Kemas Felda Palong 2
Mesyuarat ini dirasmikan oleh Pengurus Felda Palong 2 Tuan Haji Hasan Bin Nong. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi memilih AJK Tabika Kemas Felda Palong 2 bagi sesi 2016.
2. LAWATAN KE RUMAH SERI KENANGAN CHERAS
Program lawatan selama 1 hari ini adalah bertujuan memberi sumbangan kepada orang-orang tua yang tinggal di rumah Seri Kenangan Cheras, Kuala Lumpur. Program ini diserta oleh Ahli GPW Felda Palong 2 dan JKKK Felda Palong 2 serta Wakil Kariah Masjid Felda Palong 2
JANUARI 2016
MAJLIS PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT FELDA PALONG 2
Tempat : Dewan Tan Sri Yusof Nor
Tarikh : 20/01/2016
Masa : 4.45 Petang
Selepas berarak, hadirin berkumpul di dewan untuk sesi penyampaian hadiah. Blok A masih mengekalkan rekodnya terdahulu dengan menjuarai barisan perarakan dan sepanduk terbaik.Selain itu, penyampaian hadiah kepada pelajar terbaik UPSR dan PT3 untuk tahun 2015.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING
Tempat : Dewan Tan Sri Yusof Nor
Tarikh : 22/12/2015
Masa : 4.00 petang
Tetamu : YB Dato Shamsul Kahar Bin Md Dei
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol
Blok B telah menjadi juara untuk kedua dua pertandingan tersebut. Tahniah kepada seluruh penduduk Blok B!!!
PERASMIAN PERTANDINGAN BOLA JARING DAN BOLA SEPAK FELDA PALONG 2
UMNO Cawangan Felda Palong 2 telah mengadakan pertandingan ini bermula pada 6 Disember 2015. Pertandingan ini telah disertai oleh peneroka, penerokawati dan belia Felda Palong 2 sahaja. Pertandingan ini masih lagi berlangsung dan dijangka perlawanan akhir pada 22 Disember ini. Pertandingan ini telah mendapat perhatian ADUN Jeram Padang iaitu YB Dato’ Manickam A/L Letchuman yang telah sudi merasmikan pertandingan ini.

KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BRI1M 2016 DI PI1M FELDA PALONG 2
Kami petugas PI1M Felda Palong 2, ingin memaklumkan kepada semua komuniti yang ingin mengemaskini dan ingin membuat permohonan baru bolehlah datang ke PI1M untuk membuat urusan tersebut secara atas talian. Anda juga boleh mengemaskini dan membuat permohonan baru melalui PORTAL RASMI BRI1M LHDN iaitu https://ebr1m.hasil.gov.my. Permohonan baru dan kemas kini BR1M 2016 secara dalam talian bermula 5 – 31 Disember 2015.
Dokumen yang diperlukan :
- Kad pengenalan
- Buku bank

MAJLIS KHATAN BERAMAI- RAMAI 2015
Seperti tahun yang sebelumnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama-sama Kariah Masjid Felda Palong 2 telah meraikan 27 orang kanak-kanak berkhatan. Majlis berkhatan telah dilakukan pada 28 November 2015 yang lalu. Petang sehari sebelumnya, pihak JKKK, pihak masjid bersama ibu bapa yang terlibat telah bergotong royong memasak di perkarangan masjid. Malam pula majlis meraikan kanak-kanak ini dimulakan dengan doa kesyukuran dan ceramah. Kanak-kanak yang berkhatan juga turut mendapat sumbangan wang ringgit dari orang ramai yang bermurah hati untuk bersedekah.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LITERASI FELDA PALONG 2
TARIKH : 16.11.2015
MASA:3.00pm
Pusat Literasi Keluarga Felda Palong 2 telah mengadakan hari penyampaian sijil bagi menghargai kanak-kanak yang berjaya mengikuti kelas sepanjang sesi pembelajaran tahun 2015.Pengurus Felda Palong 2, En. Hassan B Nong berbesar hati untuk menyampaikan sijil kepada 13 orang kanak-kanak yang telah berjaya. Guru literasi, Pn. Musnita telah memberi kepercayaan kepada petugas PI1M untuk membuat sijil penghargaan tersebut. Disebalik usaha untuk menjayakan majlis ini, ahli-ahli GPW telah bergotong-royong memasak untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
E-PORAK
TARIKH : 15 Oktober 2015
MASA :8.00AM
Program ini anjuran JKKK dan GPW Felda Palong 2 . AJK JKKK dan GPW bergotong royong bersama sama membuat batas untuk menanam pelbagai tanaman sayuran.Antaranya cili,kacang panjang,kacang buncis,kangkung, terung. Hasil tananman ini akan dijual kepada penduduk setempat.
Tajuk :majlis Jamuan Aidilfitri Kampung Palong 2 (f) 2015
Tarikh:10 Ogos 2015
Masa: 2.30 Pm
Tempat : Dewan Tan Sri Yusof Nor


















































































































































































