APLIKASI GERAK MALAYSIA
Permohonan Pergerakan melalui Aplikasi Gerak Malaysia mulai 26 April 2020
1. Muat turun aplikasi Gerak Malaysia melalui
Apple App Store :https://apps.apple.com/my/app/gerak-malaysia/id1505689549
Google Play Store :https://play.google.com/store/apps/details…
2. Daftarkan maklumat peribadi seperti yang diminta oleh aplikasi.
3. Kemudian tekan butang Generate QR Code. Aplikasi akan meminta anda memberikan sebab mengapa ingin keluar dari rumah. Pilih pergerakan antara negeri dan permohonan anda akan direkodkan.
4. Harus diingatkan permohonan bergerak antara negeri adalah untuk membolehkan mereka yang terkandas di kampung semasa PKP kembali ke kediaman masing-masing.
5. Pemohon perlu mengemaskini permohonan pada 29 April 2020.
6. Status permohonan boleh disemak pada 1 Mei 2020.
7. Bagi memudahkan pergerakan, jadual perjalanan yang telah dirancangkan oleh PDRM bagi permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut:
Tarkih dari
1 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan
2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu
Sumber : Kementerian Dalam Negeri (KDN)