mcmc
Maklumat Setempat

Aktiviti Pusat Internet

PROGRAM BULAN JUN 2016

1) Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk melatih peserta menjadi usahawan yang berpengetahuan dalam ilmu IT. Peserta kali ini terdiri daripada            pelajar lepasan sekolah dan juga dari kalangan pelajar sekolah. Peserta mengikuti modul latihan seperti microsoft word, excel dan juga powerpoint. 

   

2) Merupakan program kedua bagi peserta setelah mengikuti latihan keusahawanan. Program ini memperkenalkan  kepada peserta berkenaan bahagian asas         komputer dan sistem operasinya. Peserta mengikuti program ini selama 2 hari.

   

3) Merupakan program kesedaran kepada para peserta tentang cara melayari internet dengan bijak iaitu melalui klik dengan bijak serta bagaimana untuk               memastikan telefon bimbit yang diberi adalah original melaalui program Check Your Label.

   

4) Program ini memberi peluang kepada peserta yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah dan juga lepasan sekolah  untuk mempelajari lebih berkenaan ilmu       keusahawan. Program ini mengajar peserta cara memulakan perniagaan dengan efisyen dan juga selamat.

   

5) Memperkenalkan kepada peserta yang terdiri daripada ahli KOSPEN Dun Jeram Padang tentang kemudahan  I – Health yang disediakan di Pusat Internet             . Latihan ini adalah susulan daripada program taklimat Sistem MOVES anjuran Pejabat Kesihatan Jempol usahasama bersama Pusat Internet                  Felda Palong 2.

     

 PROGRAM BULAN MEI 2016

1.ASAS KOMPUTER – WORD (KERTAS KERJA PT3)

Program ini disertai oleh pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 3 yang bakal menghadapi peperiksaan PT3. Program ini membantu pelajar untuk menyiapkan kertas kerja subjek di dalam PT3. Pelajar diajar menggunakan microsoft word dalam menyiapkan kertas kerja mereka. 

2.ASAS KOMPUTER – PANDUAN MENGISI SPA8i

Tarikh :20.05.2016

Program ini di sertai oleh 2 orang pelajar lepasan SPM untuk mengisi peluang kekosongan pekerjaan di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Peserta melayari http://spa.gov.my/ secara atas talian.

3.EMAIL DAN MICROSOFT POWERPOINT, PUBLISHER

Tarikh : 15.05.2016

Kelas selama 4 jam ini disertai oleh belia komuniti Felda Palong 2. Kelas ini terbahagi dengan 2 sesi pembelajan. Sesi pertama pembelajaran membuat akaun e-mail menggunakan Gmail. Peserta diterangkan fungsi dan kelebihan mempunyai akaun e-mail. Sesi kedua pula, pembelajaran penggunaan microsoft powerpoint dan publisher. Peserta diajar membuat slide menggunakan microsoft powerpoint berkenaan biodata masing – masing. Sempena meraikan hari guru, peserta belajar membuat kad ucapan hari menggunakan microsoft publisher.

4.MEMBUAT KAD HARI GURU MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD &  PUBLISHER

Tarikh : 15.05.2016

Sempena Hari Guru pada 16 Mei ini, kelas ICT mengajar pelajar yang terdiri dari pelajar sekolah rendah membuat kad ucapan. kelas selama 4 jam ini dibahagi dengan 2 slot iaitu slot pertama belajar membuat kad ucapan dengan menggunakan microsoft word manakala slot kedua pula belajar membuat kad menggunakan microsoft publisher. Objektif kelas kali ini adalah untuk memahirkan pelajar dalam ilmu multimedia grafik. Kelas ini turut mengasah minda kreatif pelajar dalam membuat kad.

5. KELAS ASAS KOMPUTER (DEWASA)

Tarikh : 13.05.2016

Kelas selama 4 jam ini dibahagikan dengan 2 sesi. Sesi pertama kelas pembelajaran microsoft word manakala sesi seterusnya adalah kelas microsoft excel. Peserta terdiri dari golongan dewasa iaitu belia komuniti Palong 2. Tujuan peserta menyertai kelas ini untuk memantapkan kemahiran penggunaan microsoft, mereka turut mendapat tips mudah penggunaan microsoft dari tenaga pengajar, En Azahari.

PROGRAM BULAN APRIL 2016

1.PUBLISHER (SIJIL)

Tarikh : 24.04.2016

Kelas komputer kali ini belajar membuat sijil dengan menggunakan Microsoft Publisher 2010. 

2.DASHBOARD (MYKOMUNITI)

Tarikh : 24.04.2016

Kelas ICT kali ini berkongsi dan mempromosikan program DASHBOARD kepada pelajar iaitu segmen mykomunity. Tujuan kelas ini, agar pelajar dalam erti kata ahli Pusat Internet dapat menggunakan aplikasi ini dengan bermanafaat.

3. EDIT GAMBAR (PHOTOSCAPE)

Tarikh : 23.04.2016

Pembelajaran ICT kali ini berkenaan mengedit foto dengan menggunakan aplikasi photoscape. Pelajar diterangkan akan kelebihan yang ada pada aplikasi ini, mereka diajar cara – cara untuk mengedit foto agar boleh menjadi lebih optimum, boleh disunting dan dicetak.

4..EMAIL DAN SKYPE

Tarikh : 17.04.2016

Latihan ini mengajar pelajar membuat email melalui gmail akaun. Tujuan mempunyai email memudahkan pelajar untuk berhubung, menghantar tugasan sekolah yang diberi guru dan memudahkan proses membuat akaun laman sosial seperti facebook,twitter, skype dan lain-lain. Pelajar juga diajar untuk membuka akaun skype. 

5. LATIHAN DASHBOARD ( MY HEALTH) BERSAMA SKUAD SUKARELAWAN

  Tarikh : 07.04.2016

  Latihan bersama skuad sukarelawan berkenaan  alatan-alatan  pemeriksaan kesihatan yand disediakan di Pusat Internet . Antaranya penimbang,I       Pad Mini, Ihealth Wireless Blood Presure Wrist Monitor. Skuad diterangkan akan fungsi alatan tersebut dan cara penggunaaannya.

 

PROGRAM BULAN MAC 2016

1.ASAS KOMPUTER – PAINT

Tarikh :26.03.2016

Kelas ICT minggu ini mengajar pelajar penggunaan aplikasi program paint. Pelajar melakar, melukis dan mewarna mengikut imaginasi mereka sendiri. Pembelajaran ini mampu menjana kemahiran pemikiran kreatif dan ekspresi perasaan untuk diluahkan melalui lakaran.

2.PROGRAM E-BASIC

Tarikh :23-24 Mac 2016

Pogram E-Basic untuk bulan ini telah di sertai oleh 2 orang anak muda yang berminat untuk menceburi dunia usahawan. Program ini dapat membantu peserta dalam menimba pengetahuan selok belok  perniagaan dan peluang perniagaan yang cerah untuk diceburi. Program ini mengambil masa 2 hari dan sebanyak 15 modul peserta telah ikuti.

 

3. LATIHAN DASHBOARD BERSAMA REMAJA DAN KANAK-KANAK

Tarikh : 05.03.2016

Masa : 10.00 pagi

Kelas ICT kali ini mendedahkan kepada remaja dan kanak kanak kepada aplikasi terbaru  DASHBOARD. Tenaga Pengajar,En Azhari menerangkan akan konsep, fungsi dan cara penggunaan yang betul. 

4.  KELAS DASHBOARD DAN KEUSAHAWANAN 

Tarikh : 08.03.2016

Masa : 2.00 petang

Kelas kali ini bersama ahli skuad sukarelawan  merupakan sambungan kelas latihan DASHBOARD tempoh hari. Ahli skuad sukarelawan diberi latihan berkenaan penggunaan MYSOAL. Wakil setiap badan tertentu turut menerima id dan password untuk mengelola MYSOAL segmen.Dengan adanya MYSOAL ini membolehkan komuniti palong 2 menerima informasi dan berinteraksi dengan badan jawatankuasa yang telah dilantik oleh pusat internet  1Malaysia.

5. KELAS ASAS KOMPUTER (MOUSE DAN KEYBOARD)

Tarikh : 12.03.2016

Masa : 10.00 pagi

Kelas ICT kali ini mendedahkan kepada peserta akan perkara asas komputer seperti penggunaan mouse dan keyboard. Peserta diberi latihan untuk  membiasakan  dengan penggunaan mouse dan keyboard

    DSCN5657   DSCN5699

6. KELAS E-PEMBELAJARAN

Tarikh : 13.03.2016

Masa : 9.00 pagi

Kelas ICT kali ini adalah pembelajaran secara interaktif iaitu pelajar belajar dan membuat latihan secara online melalui unicliq portal. Pelajar turut melayari http://www.jigsawplanet.com/ untuk melakukan aktiviti puzzle online yang menyeronokkan.

DSCN5709   DSCN5713   DSCN5717

PROGRAM BULAN FEBRUARI 2016

1. BLOG (sites.google.com)

Kelas ICT kali ini mengajar peserta cara – cara membina blog. Untuk membina blog peserta di minta membuat akaun gmail terlebih dahulu. Peserta di ajar mendaftar blog melalui sites.google.com kerana ia lebih mudah. Memandangkan kelas kali ini mengajar membina blog untuk tujuan pemasaran perniagaan peserta disaran untuk memilih template yang berlatarbelakangkan perniagaan.

2. PROGRAM LATIHAN INTEL TRAIN THE TRAINER

Program yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 19 hingga 21 Februari bertujuan untuk memberi latihan kepada Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Felda Palong 2 untuk mengajar modul INTEL LEARN EASY STEPS (ILES) dan E-BASIC kepada pengguna Pusat Internet 1Malaysia.

3. PROGRAM LATIHAN DASHBOARD DAN KEUSAHAWANAN

Program selama 2 jam ini diisi dengan 2 slot latihan Dashboard dan latihan keusahawanan. Peserta yang hadir merupakan ahli skuad sukarelawan Pusat Internet 1Malaysia.   Memandangkan ahli skuad sukarelawan merupakan agen yang dilantik sebagai penghubung diantara Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti Felda Palong 2 oleh itu, mereka diterangkan dan diajar akan fungsi dan kegunaan  DASHBOARD. Aplikasi baru ini dicipta setelah mengambil kira beberapa aspek dari sudut perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan pentadbiran yang menjadi keperluan kepada komuniti yang berada di sekitar Pusat Internet 1Malaysia. 

4. PANDUAN MENGISI BORANG SPA

Kelas ini diadakan kepada belia komuniti Palong 2 yang ingin mendaftar pekerjaan secara online di website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kelas ini dapat membantu kepada belia yang kurang mahir dalam penggunaan ICT untuk mendaftar peluang pekerjaan di SPA.

DSCN5030     DSCN5031   DSCN5032

PROGRAM BULAN JANUARI 2016

1. KELAS INTERAKTIF UNICLIQ

Kelas ICT kali ini adalah pembelajaran secara interaktif iaitu pelajar belajar dan membuat latihan secara online melalui unicliq portal. Melalui unicliq portal, pelajar boleh membuat ulangkaji pelajaran terutamapelajar yang bakal hadapi peperiksaan besar seperti UPSR dan SPM.

Tarikh : 23.01.2016

Masa : 10.00 pagi

2. KELAS POWERPOINT

Kelas ICT kali ini mengajar peserta penggunaan Microsoft Powerpoint. Peserta dilatih membuat slide berkenaan pengenalan diri. Peserta juga diajar cara – cara untuk memasukkan gambar di dalam slide.

Tarikh : 21.01.2016

Masa : 10.00 pagi

3. MESYUARAT PUSAT INTERNET  KALI PERTAMA 2016

Tarikh : 08.01.2016

Masa : 3.00 petang

Mesyuarat kali pertama untuk tahun 2016 untuk memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa Pusat Internet  yang baru serta penerangan berkenaan DASHBOARD. Mesyuarat ini juga turut dihadiri Tn Hj Hassan B Nong, Pengurus Felda Palong 2 yang sudi merasmikan mesyuarat ini.

 

4. PROGRAM ASAS KOMPUTER – EMAIL DAN SKYPE

Tarikh : 06.01.2016

Kelas ICT kali ini telah disertai oleh 3 orang surirumah. Pogram yang dijalankan pada hari tersebut adalah membuat email dan juga skype.

PROGRAM BULAN DISEMBER 2015

1. PROGRAM ASAS KOMPUTER- WORD

Tarikh : 23 DAN 30.12.2015

Kelas ICT kali ini telah disertai oleh 3 orang wanita surirumah dan 2 kanak-kanak. Permulaan kelas, peserta didedahkan cara – cara membuka word, cara menaip dan juga penggunaan word

2. PROGRAM ASAS KOMPUTER- CELIK IT

Tarikh : 18.12.2015

Kelas ICT kali ini telah disertai oleh 3 orang surirumah. Permulaan kelas, peserta didedahkan cara – cara penggunaan tetikus. Peserta masih  kekok untuk memegang tetikus.Walaubagaimanapun, peserta begitu semangat untuk belajar. Kelas bersambung pada sesi kelas akan datang.

3. PROGRAM LATIHAN TAHUNAN INTEL (PENGURUS PUSAT INTERNET )

Program selama 4 hari 3 malam ini dijalankan di ibu pejabat MSD Digital Intelligence Sdn Bhd Puchong, Selangor. Program ini telah menjemput Pengurus Pusat Internet  Felda Palong 2, Kanchong Darat, Pedas dan Kalumpang sebagai trainer untuk program E-Basic dan Intel Learn Easy Steps. Program ini membabitkan penyertaan Pengurus dari Fasa 1, Fasa 4, Fasa 5, Fasa 6 dan Fasa 7. Ianya juga membabitkan penyertaan daripada Pengurus Kemaman Command Centre (KCC) dan Kemaman Innovation Centre (KIC).Pengurus yang menjadi trainer ini akan mengajar para secara bergilir-gilir menggunakan modul ILES dan E-Basic.

4. ASAS KOMPUTER (EXCEL)

Kelas mingguan ICT kali ini telah menggunakan nota INTEL untuk mengajar pelajar tentang microsoft excel.Seramai 7 orang peserta terdiri pelajar sekolah rendah dan menengah telah membuat latihan yang telah disediakan.Kelas dibimbing oleh penolong pengurus, Cik Azimah.

PROGRAM BULAN NOVEMBER 2015

1) KAJI SELIDIK PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KANAK-KANAK OLEH SKMM

TARIKH :21.11.2015

MASA:9am-3pm

PI Felda Palong 2 telah dipilih oleh pihak SKMM untuk menjalankan kaji selidik ini. 2 orang pegawai SKMM iaitu Pn.Dayang Aidah dan Pn. Syuhada telah menjalankan tembual kaji selidikini. Seramai 20 orang respondent di kalangan ahli Pusat Internet  telah mengambil bahagian.Tujuan kaji selidik ini adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan penggunaan Internet di kalangan kanak- kanak berumur di antara 10 – 17 tahun. Kaji selidik ini merangkumi isu mengenai latar belakang pengguna Internet, penggunaan laman sosial, komunikasi melalui Internet dan sebagainya.

2. PROGRAM ASAS KOMPUTER DI SMK PALONG 2

Tarikh : 12 dan 13 November 2015

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

PROGRAM ANJURAN PI1M FELDA PALONG 2 BERSAMA PI1M FELDA PALONG 5, 7 DAN 11 INI BERLANGSUNG SELAMA 2 HARI DI SMK FELDA PALONG 2. PROGRAM INI MELIBATKAN PELAJAR LEPASAN PT3. PROGRAM INI BERLANGSUNG PADA 12 DAN 13 NOVEMBER 2015 (KHAMIS DAN JUMAAT). ANTARA LATIHAN YANG DIJALANKAN ADALAH MICROSOFT WORD, EXCEL DAN POWERPOINT.

3. KDB DI SMK PALONG 2

Tarikh : 11.11.2015

Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang

Program  anjuran Pusat Internet  Felda Palong bersama PI Felda Palong 5, 7 dan 11,ini merupakan aktiviti sampingan kepada para pelajar dalam mendidik mereka menggunakan internet dengan bijak dan cara mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan di internet.

4. UJIAN MENAIP PANTAS

Tarikh : 08.11.2015

Masa : 9.00 pagi Hingga 11.00 pagi

Program selama 2 jam ini adalah bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar didalam menaip secara betul dan pantas. Pelbagai kemahiran menaip telah diajar kepada para pelajar. Di akhir program, para pelajar akan diuji menaip secara pantas menerusi ujian pantas secara atas talian (online)

5. WORD SEARCH

Tarikh : 07.11.2015

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Program selama 2 jam ini adalah salah satu pembelajaran online, yang mana para pelajar didedahkan dengan cara mencari perkataan didalam silang kata.

PROGRAM UNTUK BULAN OKTOBER 2015

1) KEUSAHAWANAN -MYSHOP

TARIKH : 12.10.2015

MASA : 9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI DAN 2.00 PETANG HINGGA 4.00 PETANG

Program bersama usahawan tempatan Felda Palong 2 ini bertujuan untuk memperkenalkan laman web myshop.pi1m.my serta membantu usahawan tempatan ini memasarkan produk yang mereka keluarkan melalui laman web ini.

2) I-HEALTH 

TARIKH : 10.10.2015

MASA : 2.00 HINGGA 4.00 PETANG

PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MEMPERKENALKAN KEPADA PENGUNJUNG PI1M TENTANG PERALATAN I-HEALTH YANG TERDAPAT DI PI1M FELDA PALONG 2. IANYA JUGA BERTUJUAN UNTUK MEMBERI KESEDARAN KEPADA MEREKA TENTANG PENTINGNYA MENJAGA KESIHATAN.

3) KLIK DENGAN BIJAK

TARIKH : 03.10.2015

MASA: 10.00 PAGI HNGGA 12.00 TENGAHARI

Program ini merupakan aktiviti sampingan kepada para pelajar dalam mendidik mereka menggunakan internet dengan bijak dan cara mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan di internet.

4) WORD (JEREBU)

TARIKH : 04.10.2015

MASA : 10.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

Program ini adalah bertujuan memupuk kesedaran pelajar tentang bahayanya jerebu pada kehidupan mereka. Ianya diselaraskan dengan penggunaan ict yang mana para pelajar akan mencari maklumat tentang jerebu di internet dan memasukkannya ke dalam aplikasi microsoft word.

PROGRAM UNTUK BULAN SEPTEMBER 2015

1)PUBLISHER (KAD HARI RAYA HAJI)

TARIKH: 21.09.2015

MASA : 10.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

Program ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran menggunakan aplikasi Publisher, ianya juga sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha 2015. Program selama 2 jam ini dihadiri seramai 8 orang pelajar.

2) KURSUS KEUSAHAWANAN (MEMPERKENALKAN MYSHOP)

TARIKH : 19.09.2015

MASA: 2.00 HINGGA 4.00 PETANG

Program selama 2 jam ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali apa itu usahawan dan juga keusahawanan, serta cara mempromosikan perniagaan melalui myshop yang diperkenalkan didalam aplikasi Dashboard Pusat Internet . Program ini dihadiri seramai 3 orang peserta dewasa.

3) PUZZLE ONLINE SEMPENA HARI MALAYSIA 2015

TARIKH : 13.09.2015

MASA: 9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI

Program yang berlangsung selama 2 jam ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran menggunakan  aplikasi online untuk tujuan pembelajaran iaitu puzzle online. Puzzle yang dihasilkan adalah bersempena Hari Malaysia 2015.

4) KLIK DENGAN BIJAK

TARIKH : 05,06, DAN 12.09.2015

MASA: 11.00 PAGI HNGGA 1.00 PETANG

Program ini merupakan aktiviti sampingan kepada para pelajar dalam mendidik mereka menggunakan internet dengan bijak dan cara mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan (phishing)

PROGRAM UNTUK BULAN OGOS 2015

1) MEMBUAT BENDERA MALAYSIA DAN NEGERI-NEGERI MENGGUNAKAN PAINT

TARIKH : 29.08.2015

MASA : 10.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

Program ini adalah bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang akan berlangsung pada 31.08.2015. Para pelajar akan diajar membuat bendera-bendera negeri, Malaysia dengan menggunakan aplikasi paint.

2) PERSIAPAN HARI KEMERDEKAAN 2015 PI FELDA PALONG 2

TARIKH : 20 OGOS 2015

Sempena Hari Kemerdekaan 2015 yang akan disambut pada 31.08.2015. PI Felda Palong 2 telah melaksanakan persiapan dengan mencantikkan Pusat Internet 1Malaysia melalui pemasangan bendera-bendera di sekitar kawasan Pusat Internet 1Malaysia.

3) KDB BAGI BULAN OGOS 2015

TARIKH : 8,15,22 & 23 OGOS 2015

Program ini merupakan aktiviti sampingan kepada para pelajar dalam mendidik mereka menggunakan internet dengan bijak dan cara mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan di internet.

4) ASAS KOMPUTER (WORD)

Tarikh : 15& 16 OGOS 2015

Program ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran menggunakan aplikasi word. Program ini berlangsung selama 2 hari.

 

PROGRAM UNTUK BULAN JULAI 2015

1)PROGRAM I-HEALTH DAY 

TARIKH : 31.07.2015

MASA: 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

TEMPAT : PI FELDA PALONG 2

Program I-Health Day Pusat Internet 1Malaysia Felda Palong 2 adalah sebuah Program Hari Kesihatan  yang dirancang oleh pihak A&P MSD Digital Intelligence kepada setiap Pusat Internet  di bawah TM. Program ini juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada komuniti setempat tentang teknologi terkini pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan IPAD. Terdapat 6 golongan sasaran  iaitu :-

  1. Pra – Sekolah dan Tadika
  2. Pelajar Sekolah Rendah
  3. Pelajar Sekolah Menengah
  4. Belia
  5. Dewasa
  6. Wanita

2) KDB BAGI BULAN JULAI 2015

TARIKH : 11 DAN 26 JULAI 2015

Program ini merupakan aktiviti sampingan kepada para pelajar dalam mendidik mereka menggunakan internet dengan bijak dan cara mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan di internet.

3) ASAS KOMPUTER (FACEBOOK)

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran menggunakan aplikasi facebook .Aktiviti ini adalah sambungan kepada program pada bulan terdahulu. Program ini telah dihadiri seramai 5 orang pelajar.

4) MESYUARAT PROGRAM I-HEALTH DAY 2015

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk sesi pengenalan skuad sukarelawan Pusat Internet  Felda Palong 2. Tujuan lain adalah untuk membincangkan tentang program I-Health Day yang akan berlangsung pada 31.07.2015. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Felda JKKK, GPW, Persatuan Belia dan Skuad Sukarelawan Pusat internet  Felda Palong 2.

                                                             

   WAKTU OPERASI PI FELDA PALONG 2

ISNIN HINGGA JUMAAT

9.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG

 REHAT

1.00 – 2.00 PETANG 

KECUALI JUMAAT (12.30- 2.30 PETANG)

TUTUP (CUTI UMUM DAN CUTI  KELEPASAN AM)

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN PI  FELDA PALONG 2 ADALAH SEPERTI BERIKUT

  •      Printing
  •      Fotostat
  •      Laminate
  •      Binding
  •      Scanning
  •     ALTEL (Simkad Permulaan dan Kad Topup)

    

LATIHAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK PI

BERIKUT ADALAH LATIHAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI PUSAT INTERNET  FELDA PALONG 2


Klik Dengan Bijak (KDB)

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.

Matlamat Kempen


Antara tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan satu Kempen Kesedaran Awam Keselamatan Internet yang bertemakan “Klik dengan Bijak” yang bermatlamatkan keselamatanwaspada dan tanggungjawab.

Golongan Sasaran

Kempen ini disasarkan kepada semua golongan masyarakat  terutamanya kanak-kanak, belia dan juga warga emas yang terdedah dengan gaya hidup terkini iaitu internet dengan harapan mereka dapat menggunakan internet secara bijak.

Mesej Utama

Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.

PROGRAM INTEL® LEARN EASY STEP DAN ENTREPRENEURSHIP BASIC

INTEL® LEARN EASY STEP

Intel telah memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa negara mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital. Intel menyokong objektif dasar teknologi maklumat negara untuk menjadikan seorang dari setiap isi rumah celik IT menjelang 2020 serta berusaha untuk memperkasakan komuniti di seluruh negara dengan maklumat dan teknologi komunikasi (ICT) dan akses kepada sumber-sumber dalam talian dan membawa bersama kebarangkalian yang tidak berkesudahan.

Intel easy step kursus ini membantu peserta pelbagai peringkat usia untuk membangunkan kefahaman asas tentang komputer melalui pengalaman “hands-on” dalam menjalani aplikasi asas komputer. Dalam program ini, para peserta akan berpeluang untuk belajar menggunakan komputer untuk melakukan tugas-tugas harian yang praktikal seperti:

  • Menghasilkan dokumen (Surat, resume, jemputan, dokumen Perniagaan, risalah, dan lain-lain.)
  • Mencari maklumat menggunakan Internet
  • Menghantar dan menerima e-mel kepada rakan, keluarga dan rakan-rakan perniagaan
  • Membuat belanjawan dan menggunakan komputer untuk menjalankan pengiraan
  • Mencipta persembahan
  • Menggunakan Internet dan e-mel

Kurikulum di dalam Intel Easy Step terdiri daripada kursus asas ICT termasuk modul keusahawanan, kad-kad aktiviti dan panduan yang berguna. Matlamat asas adalah bertujuan mempercepatkan akses kepada teknologi untuk mempertingkatkan dan memperbaiki peluang-peluang supaya memberi kesan positif pada produktiviti, membawa kepada kehidupan yang berkualiti untuk semua.

Kursus asas mempunyai empat belas modul, masing-masing yang mengandungi kira-kira 2 jam pembelajaran dan pengajaran. Ia mengajar kemahiran asas Literasi digital dalam format yang berstruktur.

Kad-kad aktiviti untuk arahan kendiri dan memberikan arahan mengenai cara untuk mencipta satu produk yang berguna atau dokumen atau melengkapkan tugas-tugas tertentu seperti membuat sebuah iklan/poster/brosur, membayar bil-bil telefon mudah alih dalam talian, membuat pembelian dalam talian, atau menggunakan Facebook untuk mempromosikan perniagaan.

Bantuan panduan ini, menyokong kedua-dua kursus asas dan kad-kad aktiviti dengan arahan langkah demi langkah.

Intel bekerjasama dengan NGO, program-program kerajaan dan institusi-institusi akademik untuk menggunakan kursus secara mudah

KANDUNGAN LATIHAN

Mempelajari Kemahiran Baru

  • Modul 1 Pengenalan kepada Komputer dan Sistem operasi
  • Modul 2 Pengenalan kepada Internet dan e-mel
  • Modul 3 Pengenalan kepada Pemprosesan Perkataan
  • Modul 4 Pengenalan kepada Lembaran Hamparan
  • Modul 5 Pengenalan kepada multimedia

Mengaplikasikan Kemahiran Kepada Bisnes dan Keusahawanaan

  • Modul 6 Pengenalan kepada keusahawanan
  • Modul 7 Pengurusan wang dan kewangan
  • Modul 8 Membangunkan rancangan pemasaran
  • Modul 9 Penjenamaan
  • Modul 10 Bahan-bahan pemasaran
  • Modul 11 Pemasaran online
  • Modul 12 Mengumpul maklum balas melalui online

Mempamerkan Hasil Kerja

  • Modul 13 Membangunkan portfolio produk
  • Modul 14 Pameran

ENTREPRENEURSHIP BASIC (ASAS KEUSAHAWANAN)

Program Asas Keusahawanan adalah program latihan yang disasarkan kepada golongan belia dan orang dewasa yang berminat untuk memulakan perniagaan mereka sendiri tetapi menghadapi kekurangan kemahiran asas yang diperlukan oleh seorang usahawan. Objektif keseluruhan program latihan ini adalah untuk menyediakan usahawan mahir dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk membolehkan mereka untuk mengenal pasti peluang perniagaan dan kemudian menubuhkan dan menguruskan perniagaan. Kurikulum ini bertujuan untuk menyampaikan pelbagai kemahiran termasuk membangunkan pelan perniagaan, meningkatkan kemahiran berunding ,berkomunikasi dan penggunaan teknologi dalam perniagaan.Program Asas Keusahawanan ini di khaskan kepada golongan belia dan orang dewasa yang telah menamatkan sebahagian atau kedua -dua peringkat program ini dan berminat untuk menubuhkan sebuah perniagaan tempatan.

Latihan keusahawanan

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian.