PERINGATAN MENGENAI PKP FASA 3
Walaupun kes positif COVID-19 mencatatkan dua angka sejak beberapa hari lepas, namun usaha meratakan lengkuk masih berterusan dan rakyat perlu sedar ia bukanlah satu tiket untuk mereka sesuka hati melanggar PKP.
Apatah lagi menyimpan hasrat untuk pulang ke kampung menjelang Ramadan ini. Jadi, duduk sahaja di rumah.
Perlu diingat, sebanyak 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar PKP akan mula beroperasi 23 April ini, kira-kira sehari sebelum tarikh jangkaan umat Islam menyambut Ramadan.
Ini memberi pilihan kepada orang ramai sama ada mahu menyambut Ramadan dengan selesa di rumah, atau mungkin mahu merasakan kelainan tahun ini dengan menyambutnya di penjara. Tepuk dada tanya selera
http://www.astroawani.com/…/sambut-ramadan-di-penjara-atau-…