mcmc
Maklumat Setempat

INFO KESIHATAN – MAKSIMUMKAN SISTEM IMUNITI BADAN ANDA

92122080 1298089833713820 8246853983080022016 n

COVID-19 MAKSIMUMKAN SISTEM IMUNITI BADAN ANDA

Antara langkah yang boleh diambil bagi menyokong sistem imuniti atau pertahanan badan adalah makan buah dan sayur yang cukup setiap hari..

Ambil 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran sehari. Buah dan sayur mengandungi kandungan vitamin & mineral semulajadi yang tinggi dapat membantu menyokong sistem imuniti atau pertahanan badan terutamanya semasa dalam waktu memerangi COVID-19 yang sedang melanda negara kita.

Ambil peluang dalam tempoh “ Arahan Kawalan Pergerakan “ ini untuk amalkan makan secara sihat terutamanya bagi anak-anak kecil yang mempunyai sistem pertahanan badan yang belum matang. Galakkan mereka makan buah dan sayur bagi memaksimumkan tahap kesihatan seterusnya mengelakkan dari mudah dijangkiti penyakit.

#COVID19
#stayathome
#tingkatkanimunitibadan
#vitaminsemulajadi