AWAS BERITA PALSU:
Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media
sosial:
1. KKM menafikan dakwaan bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.
Adham Baba membuat rakaman lagu raya semasa negara berdepan
wabak COVID-19.
2. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menafikan dakwaan bahawa
orang ramai boleh mendapatkan pengesahan cop dan kelulusan kelepasan
berhubung Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 di Bahagian
Pengurusan Daerah Seremban, IPD Seremban.
3. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menafikan mesej berangkai
berhubung terdapatnya kes positif COVID-19 di Jalan Budiman,
Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
Pasukan Respon Pantas
KKMM
3 April 2020│3.00 Petang
#awasberitapalsu
#tidakpastijangankongsi
#klikdenganbijak
#covid19
#bewarescammers
#sebenarnyamy
#mcmc
#skmm
#stayathome
