KHAS UNTUK USAHAWAN N9 – LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN (LPU) 2019
Tuan/Puan,
MARA Negeri Sembilan berhasrat untuk membuat pengambilan peserta Program “Latihan Pembentukan Usahawan”(LPU) 2019 seperti berikut :
Tarikh : 21hb Februari 2019 (Khamis)
Tempat : Bilik D’Curve, Tingkat 3, Pejabat MARA NS
Masa : 8.30am
Syarat peserta adalah seperti berikut :
1. Belum berniaga atau berniaga kurang dari 1 tahun
2. Umur 45 tahun ke bawah
3. Sihat tubuh badan
4. Memberi komitmen hadir semua modul yang ditetapkan
5. Mempunyai cita-cita untuk menjadi jutawan dalam bidang keusahawanan
Program ini mengandungi 3 Modul seperti berikut dan setiap modul berjangka masa selama 6-7 hari.
1. Modul 1 – Latihan Motivasi Pencapaian
2. Modul 2 – Latihan Pengurusan Perniagaan (Pengurusan,Pentadbiran,Pemasaran,Akaun, BMC dll)
3. Modul 3 – Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)
Kelebihan Lepasan LPU
1. Berpeluang menerima Pembiayaan MARA tanpa penjamin (RM50K kebawah)
2. Kemudahan Program Peningkatan Keusahawanan MARA
3. Diberi keutamaan berbanding usahawan lain dalam menerima kemudahan MARA
Tentatif Program pada 21 .2.2019 :
Aturcara
8.30 – 9.00 pagi : Ujian Psikometrik Keusahawanan (Objektif)
9.00 – 9.30 pagi : Taklimat LPU
9.30 hingga selesai : Sesi temuduga
Sebarang pertanyaan sila hubungi PUSMA NS di talian :06-7626088
Sekiranya berminat sila isi permohonan online di Link berikut :
http://bit.do/lpu2019marans
Dan hadir pada 21.2.2019
