???????? ?????????? ????-?????? ??????? ?? ????? ?????? ?????????? ???? ??????? ??????? ???? ??? ??????

Maklumat Setempat | 23 March 2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama pihak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bakal mengadakan sebuah seminar perlindungan kanak-kanak di dalam talian (child online protection- COP).
Seminar ini adalah lanjutan daripada Persidangan Rantau ASEAN Mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian yang telah diadakan pada bulan Februari 2020. Ia adalah sebuah platform perkongsian bagi pelbagai pihak berkepentingan dari Malaysia dan negara-negara lain untuk bertukar pandangan, pengalaman, serta amalan terbaik.
 
Isu-isu yang akan dibincangkan berfokus kepada perkara-perkara seperti berikut:
i. Situasi dan cabaran terkini yang dihadapi di Malaysia selaras dengan hasil perbincangan dan cadangan daripada persidangan ASEAN; dan
ii. Perkembangan isu sedia ada dan baru muncul, termasuk keutamaan baru yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Seminar ini akan diadakan dalam dua sesi berdasarkan fokus dan sasaran audiens seperti berikut:
– Sesi sebelah pagi akan membincangkan topik umum seperti buli siber, keibubapaan digital, dan kesan COVID-19 terhadap perlindungan kanak-kanak dalam talian. Sasaran audiens untuk sesi ini adalah para pendidik, ibu bapa, kanak-kanak, remaja, belia, dan ahli komuniti yang lain.
– Sesi sebelah petang pula dikhususkan untuk pembentangan dan perkongsian oleh para penggubal dasar dan pakar perlindungan kanak-kanak dalam talian termasuk kajian semula Polisi dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian. Para pemimpin dan pakar antarabangsa dan serantau ini akan berkongsi pandangan dan pengalaman bagi membantu Malaysia membentuk suatu hala tuju; mereka juga akan membuat perkongsian mengenai program-program di peringkat antarabangsa, pengumpulan data, dan perkongsian maklumat serantau. Sesi ini akan turut mengutarakan hasil perbincangan di persidangan ASEAN pada tahun lepas dan panduan kepada negara-negara dalam membangunkan hala tuju atau pelan tindakan perlindungan kanak-kanak dalam talian.
MCMC ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menghadiri seminar ini yang akan diadakan secara dalam talian. Penyertaan adalah percuma. Seminar akan diadakan dengan perincian berikut: 
 
Tarikh : ?? ??? ????
Masa : 9 pagi hingga 12:30 tengahari
(Terbuka kepada orang awam)
1 tengahari hingga 4 petang
(Untuk penggubal polisi dan pengamal)
Tempat : ?????? ???? ??????? ??? ?? ????.
 
Bagi mereka yang tidak dapat mengakses platform Zoom, seminar ini masih boleh diikuti melalui siaran langsung di akaun Facebook Klik Dengan Bijak dan Malaysian ICT Volunteers.
Pautan Pendaftaran : http://bit.ly/cop2021
Para peserta hendaklah mendaftar di pautan ini selewat-lewatnya pada 29 Mac 2021 untuk menerima pautan akses ke seminar.
Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan dalam menguar-uarkan penganjuran seminar ini adalah amat dihargai bagi menggalakkan penyertaan komuniti setempat supaya seramai mungkin orang yang terdiri daripada ibu bapa, penjaga, pendidik, kanak-kanak, remaja, belia, dan ahli komuniti yang lain akan mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu mengenai perlindungan kanak-kanak dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi pegawai kami seperti yang berikut:
1. Md. Tahir Musa (03-8688 8424)
md.tahir@mcmc.gov.my
2. Nur Amanina Che Azemi (03-8688 8419) amanina.azemi@mcmc.gov.my
3. Saiful Ridzwan Mat Darus (03-8688 8377) saiful.ridzwan@cmc.gov.my
 
UNICEF 1UNICEF 2